Thursday 8 October 2015

RUJUKAN




1)  Zulkalnaim Abdul Rahman. Pilihan raya umum Malaysia ke-12: isu dan pola pengundian, Penerbit Universiti Malaya, 2011

2) Syed Hasim. Pilihan raya umum: satu perspektif komunikasi politik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, Malaysia, 1993



Tuesday 29 September 2015

PENGAJIAN MALAYSIA DEP 1A


NAMA:MUHAMMAD AMIERUDDIN BIN MOHD RAZALI (12DEP15F1035)
         
            MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD AZIZ (12DEP15F1021)

TAJUK: ANALISA PRU13 DARI SUDUT CALON-CALON BERTANDING

NAMA PENSYARAH: PN. DARMILA BINTI ALI

SESI: JUN 2015(SEMESTA 1)

PROGRAM:DEP 1 A

JABATAN: JABATAN KEJUTERAAN ELETRIK


Penghargaan

Bismillahirahmanirahim..
           
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
            Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Pn, Darmila Binti Ali  kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
        Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami masing-masing yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja ini.Mereka telah  memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami Berjaya menghabiskan tugasan ini.
            Ucapan penghargaan ini juga kami  tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami uterakan kepada mereka.
            Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

Kesimpulan

Salah satu ciri yang terdapat dalam sistem demokrasi ialah wujudnya pilihan raya yang bebas. Walaupun secara teorinya Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, namun secara praktiknya kerajaan telah menggunakan pelbagai sekatan dan cara untuk memastikan kuasa sentiasa berada di tangan mereka. Pilihan Raya yang bertujuan untuk memastikan negara berada di dalam pemerintahan demokrasi yang adil menjadi tidak telus disebabkan banyak unsur-unsur yang sepatutnya boleh digolongkan dalam kesalahan pilihan raya dibuta-tulikan. Hal ini menunjukkan, Suruhanjaya Pilihanraya yang berperanan untuk memastikan ketelusan dan kebersihan perjalanan pilihanraya di Malaysia seperti berat sebelah dengan lebih menyokong kepada barisan kerajaan. Oleh yang demikian, Suruhanjaya Pilihanraya yang lebih telus, proses pilihanraya yang bebas dan adil, sistem kehakiman yang juga bebas dan adil, perkhidmatan awam atau birokrasi yang tidak memihak dan juga media massa yang bebas perlu diperkukuhkan lagi tanpa sekatan dan pengaruh kerajaan yang memerintah. Walaupun terdapat kebebasan secara umum dalam pilihan raya di Malaysia seperti kebenaran untuk pelbagai parti politik dan calon bebas untuk bertanding tetapi pilihan raya di Malaysia namun, ia tidak bebas sepenuhnya berdasarkan persoalan dalam hak mengundi umum, calon dan juga kempen-kempen yang diadakan sebelum pilihan raya menyebabkan Pilihan Raya di Malaysia boleh dilabelkan sebagai tidak telus.

Latar Belakang Pilihan Raya Di Malaysia

Sejarah Pilihanraya di Malaysia

Sebelum Tanah Melayu merdeka, Pilihanraya  hanya dijalankan  di peringkat kerajaan tempatan pada tahun 1951 iaitu di George Town Pulau Pinang  pada Disember 1951 (Wariya, 2007). Pilihanraya ini adalah bertujuan untuk memilih perwakilan di peringkat kerajaan tempatan (Malaysia Kita , 2008). Kemudiannya pada zaman Pilihanrayaa merdeka, setelah ancaman komunis dalam keadaan terkawal, Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan pada febuari 1952. Pilihanraya ini adalah Pilihanrayaoses untuk latihan awal ke arah mentadbir Kerajaan dan membentuk kerajaan yang berlandaskan demokrasi.
Pada tahun 1955, Pilihanraya umum yang pertama untuk Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan pada Julai 1957. Sebanyak 52 kerusi telah  dipertandingkan. Dalam Pilihanraya tersebut Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi dan 1 kerusi dimenangi oleh Parti Islam Semalaysia (PAS). Dengan kemenangan ini, Parti Perikatan secara automatiknya memenuhi matlamat menjadi kumpulan majority dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan (Malaysia Kita , 2008). Selepas Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, Pilihanraya telah diadakan lima tahun sekali. Walau bagaimanapun, setelah kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963, Pilihanraya Umum yang pertama yang melibatkan seluruh negeri di dalam Malaysia telah diadakan pada 13 Mei 1969. Malangnya Pilihanraya yang diadakan pada tahun tersebut telah menimbulkan tragedi hitam yang telah diingati hingga ke hari ini. Akibat daripada peristiwa tersebut, darurat telah diisytiharkan. Semua Pilihanraya yang masih belum selesai pada ketika itu dihentikan termasuk yang diadakan di Sabah dan Sarawak (International Law Book Services, 2004).

Namun setelah Singapura menarik diri daripada Penubuhan Malaysia, sistem politik negara kembali pulih dan Pilihanraya tetap diadakan lima tahun sekali.

Pengenalan




Negara yang mengamalkan sistem demokrasi pasti akan mengadakan Pilihanraya untuk mengundi pemimpin yang mereka pilih. Terdapat beberapa definisi dari pelbagai sumber tentang Pilihanraya. Menurut  Kamus Dewan Edisi ke-4:  Pilihanraya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya lagi. Manakla dalam buku 50 fakta asas kenegaraan, Pilihanraya ialah  satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan ataupun negeri (Wariya, 2007) dan Akta Pilihanraya 1965 menafsirkan Pilihanraya adalah  Suatu Pilihanraya Parlimen/Negeri mengikut mana berkenaan (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2000).
Pilihanraya telah mula diamalkan di Malaysia pada tahun 1951. Ia telah diadakan di dalam peringkat majlis perbandaran George Town Pulau Pinang  pada Disember 1951 (Wariya, 2007)  Diikuti pada tahun 1955, Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan. Seterusnya pada tahun 1959,Pilihanraya yang pertama diadakan selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Kemudiannya Pilihanraya dijalankan selama lima tahun sekali setelah Parlimen ataupun dewan undangan negeri  dibubarkan.
Di Malaysia, sistem Pilihanraya yang diguna pakai adalah berdasarkan satu kawasan satu wakil. Iaitu di mana calon yang mendapat undi yg terbanyak akan diisytiharkan menang. Calon tunggal akan menang tanpa bertanding. Seterusnya pakatan parti yang memiliki jumlah kerusi yang terbanyak dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri  akan menguasai dewan atau Parlimen. Keperluan mengadakan Pilihanraya adalah untuk menentukan pemindahan kuasa kerajaan tanpa kekerasan, menentukan kuasa pemerintah, memberi peluang kepada pihak-pihak  yang berkuasa mentadbir dengan adil dan saksama.

Analisa PRU 13