Tuesday 29 September 2015

Kesimpulan

Salah satu ciri yang terdapat dalam sistem demokrasi ialah wujudnya pilihan raya yang bebas. Walaupun secara teorinya Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, namun secara praktiknya kerajaan telah menggunakan pelbagai sekatan dan cara untuk memastikan kuasa sentiasa berada di tangan mereka. Pilihan Raya yang bertujuan untuk memastikan negara berada di dalam pemerintahan demokrasi yang adil menjadi tidak telus disebabkan banyak unsur-unsur yang sepatutnya boleh digolongkan dalam kesalahan pilihan raya dibuta-tulikan. Hal ini menunjukkan, Suruhanjaya Pilihanraya yang berperanan untuk memastikan ketelusan dan kebersihan perjalanan pilihanraya di Malaysia seperti berat sebelah dengan lebih menyokong kepada barisan kerajaan. Oleh yang demikian, Suruhanjaya Pilihanraya yang lebih telus, proses pilihanraya yang bebas dan adil, sistem kehakiman yang juga bebas dan adil, perkhidmatan awam atau birokrasi yang tidak memihak dan juga media massa yang bebas perlu diperkukuhkan lagi tanpa sekatan dan pengaruh kerajaan yang memerintah. Walaupun terdapat kebebasan secara umum dalam pilihan raya di Malaysia seperti kebenaran untuk pelbagai parti politik dan calon bebas untuk bertanding tetapi pilihan raya di Malaysia namun, ia tidak bebas sepenuhnya berdasarkan persoalan dalam hak mengundi umum, calon dan juga kempen-kempen yang diadakan sebelum pilihan raya menyebabkan Pilihan Raya di Malaysia boleh dilabelkan sebagai tidak telus.

No comments:

Post a Comment