Tuesday 29 September 2015

PENGAJIAN MALAYSIA DEP 1A


NAMA:MUHAMMAD AMIERUDDIN BIN MOHD RAZALI (12DEP15F1035)
         
            MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD AZIZ (12DEP15F1021)

TAJUK: ANALISA PRU13 DARI SUDUT CALON-CALON BERTANDING

NAMA PENSYARAH: PN. DARMILA BINTI ALI

SESI: JUN 2015(SEMESTA 1)

PROGRAM:DEP 1 A

JABATAN: JABATAN KEJUTERAAN ELETRIK


Penghargaan

Bismillahirahmanirahim..
           
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
            Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Pn, Darmila Binti Ali  kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
        Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami masing-masing yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja ini.Mereka telah  memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami Berjaya menghabiskan tugasan ini.
            Ucapan penghargaan ini juga kami  tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami uterakan kepada mereka.
            Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

Kesimpulan

Salah satu ciri yang terdapat dalam sistem demokrasi ialah wujudnya pilihan raya yang bebas. Walaupun secara teorinya Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, namun secara praktiknya kerajaan telah menggunakan pelbagai sekatan dan cara untuk memastikan kuasa sentiasa berada di tangan mereka. Pilihan Raya yang bertujuan untuk memastikan negara berada di dalam pemerintahan demokrasi yang adil menjadi tidak telus disebabkan banyak unsur-unsur yang sepatutnya boleh digolongkan dalam kesalahan pilihan raya dibuta-tulikan. Hal ini menunjukkan, Suruhanjaya Pilihanraya yang berperanan untuk memastikan ketelusan dan kebersihan perjalanan pilihanraya di Malaysia seperti berat sebelah dengan lebih menyokong kepada barisan kerajaan. Oleh yang demikian, Suruhanjaya Pilihanraya yang lebih telus, proses pilihanraya yang bebas dan adil, sistem kehakiman yang juga bebas dan adil, perkhidmatan awam atau birokrasi yang tidak memihak dan juga media massa yang bebas perlu diperkukuhkan lagi tanpa sekatan dan pengaruh kerajaan yang memerintah. Walaupun terdapat kebebasan secara umum dalam pilihan raya di Malaysia seperti kebenaran untuk pelbagai parti politik dan calon bebas untuk bertanding tetapi pilihan raya di Malaysia namun, ia tidak bebas sepenuhnya berdasarkan persoalan dalam hak mengundi umum, calon dan juga kempen-kempen yang diadakan sebelum pilihan raya menyebabkan Pilihan Raya di Malaysia boleh dilabelkan sebagai tidak telus.

Latar Belakang Pilihan Raya Di Malaysia

Sejarah Pilihanraya di Malaysia

Sebelum Tanah Melayu merdeka, Pilihanraya  hanya dijalankan  di peringkat kerajaan tempatan pada tahun 1951 iaitu di George Town Pulau Pinang  pada Disember 1951 (Wariya, 2007). Pilihanraya ini adalah bertujuan untuk memilih perwakilan di peringkat kerajaan tempatan (Malaysia Kita , 2008). Kemudiannya pada zaman Pilihanrayaa merdeka, setelah ancaman komunis dalam keadaan terkawal, Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan pada febuari 1952. Pilihanraya ini adalah Pilihanrayaoses untuk latihan awal ke arah mentadbir Kerajaan dan membentuk kerajaan yang berlandaskan demokrasi.
Pada tahun 1955, Pilihanraya umum yang pertama untuk Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan pada Julai 1957. Sebanyak 52 kerusi telah  dipertandingkan. Dalam Pilihanraya tersebut Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi dan 1 kerusi dimenangi oleh Parti Islam Semalaysia (PAS). Dengan kemenangan ini, Parti Perikatan secara automatiknya memenuhi matlamat menjadi kumpulan majority dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan (Malaysia Kita , 2008). Selepas Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, Pilihanraya telah diadakan lima tahun sekali. Walau bagaimanapun, setelah kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963, Pilihanraya Umum yang pertama yang melibatkan seluruh negeri di dalam Malaysia telah diadakan pada 13 Mei 1969. Malangnya Pilihanraya yang diadakan pada tahun tersebut telah menimbulkan tragedi hitam yang telah diingati hingga ke hari ini. Akibat daripada peristiwa tersebut, darurat telah diisytiharkan. Semua Pilihanraya yang masih belum selesai pada ketika itu dihentikan termasuk yang diadakan di Sabah dan Sarawak (International Law Book Services, 2004).

Namun setelah Singapura menarik diri daripada Penubuhan Malaysia, sistem politik negara kembali pulih dan Pilihanraya tetap diadakan lima tahun sekali.

Pengenalan




Negara yang mengamalkan sistem demokrasi pasti akan mengadakan Pilihanraya untuk mengundi pemimpin yang mereka pilih. Terdapat beberapa definisi dari pelbagai sumber tentang Pilihanraya. Menurut  Kamus Dewan Edisi ke-4:  Pilihanraya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya lagi. Manakla dalam buku 50 fakta asas kenegaraan, Pilihanraya ialah  satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan ataupun negeri (Wariya, 2007) dan Akta Pilihanraya 1965 menafsirkan Pilihanraya adalah  Suatu Pilihanraya Parlimen/Negeri mengikut mana berkenaan (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2000).
Pilihanraya telah mula diamalkan di Malaysia pada tahun 1951. Ia telah diadakan di dalam peringkat majlis perbandaran George Town Pulau Pinang  pada Disember 1951 (Wariya, 2007)  Diikuti pada tahun 1955, Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan. Seterusnya pada tahun 1959,Pilihanraya yang pertama diadakan selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Kemudiannya Pilihanraya dijalankan selama lima tahun sekali setelah Parlimen ataupun dewan undangan negeri  dibubarkan.
Di Malaysia, sistem Pilihanraya yang diguna pakai adalah berdasarkan satu kawasan satu wakil. Iaitu di mana calon yang mendapat undi yg terbanyak akan diisytiharkan menang. Calon tunggal akan menang tanpa bertanding. Seterusnya pakatan parti yang memiliki jumlah kerusi yang terbanyak dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri  akan menguasai dewan atau Parlimen. Keperluan mengadakan Pilihanraya adalah untuk menentukan pemindahan kuasa kerajaan tanpa kekerasan, menentukan kuasa pemerintah, memberi peluang kepada pihak-pihak  yang berkuasa mentadbir dengan adil dan saksama.

Analisa PRU 13


Syarat Kelayakan Menjadi Calon PRU13

Mana-mana warganegara Malaysia yang bermastautin di Persekutuan Malaysia layak menjadi calon pilihan raya sekiranya:

a. Dia berumur lebih daripada 21 tahun; (Artikel 47 Perlembagaan Persekutuan)

b. Sempurna akalnya; (Artikel 48 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan)

c. Bukan seorang muflis; (Artikel 48(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 33 Akta Kebankrapan 1967. Seseorang itu adalah ‘Muflis’ apabila beliau telah melakukan salah satu kelakuan-kelakuan kebankrapan, perintah penghukuman dan perintah penerimaan (AO/RO) telah diberikan ke atasnya dan tiada apa-apa jua perintah yang melepaskan dan/atau membatalkan perintah penghukuman dan perintah penerimaan tersebut. Sila rujuk kepada nasihat peguam untuk maklumat lanjut)

d. Tidak memegang jawatan yang berkeuntungan; (Artikel 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Rujuk kes Dato’ Seri Tiong King Sing lwn Datuk Justine Jinggut [2003]6MLJ 433, yang mengatakan bahawa jawatan berkeuntungan mempunyai maksud jawatan yang padanya dibayar gaji atau apa jua bayaran yang lain.)

e. Tidak pernah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman kerana membuat perbuatan yang meyalahi undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Bahagian IV Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Sila rujuk kepada nasihat peguam untuk maklumat lanjut berkenaan kesalahan-kesalahan yang menyalahi undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) dalam masa lima (5) tahun sebelum pilihan raya; (Seksyen 27 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

f. Tidak pernah disabitkan dan dijatuhkan hukuman lebih satu (1) tahun penjara atau hukuman lebih satu (1) tahun penjara atau denda lebih RM2,000 bagi apa-apa jua kesalahan; (Artikel 48(1) (e) Perlembagaan Persekutuan)

g. Tidak pernah didapati bersalah keraa membuat kesalahan pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan jika telah dijatuhkan hukuman, telah luput tempoh lima (5) tahun dari tarikh hukumannya; (Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Sila rujuk kepada nasihat peguam untuk maklumat lanjut berkenaan kesalahan-kesalahan pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

h. Tidak menjadi warganegara asing dan berikrar taat setia kepada negara asing itu; (Artikel 48(1)(f) Perlembagaan Persekutuan)

i. Telah dinamakan di dalam Kertas Penamaan; (Peraturan 4(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981)

j. Bersetuju untuk dicalonkan; (Artikel 50(4) Perlembagaan Persekutuan)

k.       Tidak didapati bersalah atas kesalahan hasutan.(Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Rujuk kes Fan Yew Teng lwn Setiausaha, Dewan Rakyat & Ors[1957] 2 MLJ 40. Sila rujuk kepada nasihat peguam untuk maklumat lanjut berkenaan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948)

Jumlah Ahli Parlimen Islam Dan Bukan Islam Pada PRU13



Analisa PRU13 Perwakilan Melayu Pakatan Menyusut Berbanding PRU12

Pakatan mempunyai 43 orang Ahli Parlimen Melayu dalam Dewan Rakyat yang lepas (8 Mac 2008) – rujuk senarai penuh nama di nota kaki.
Pakatan hanya mempunyai 38 orang Ahli Parlimen Melayu* sekarang dalam dewan (5 Mei 2013) — senarai penuh nama ada juga di bawah.
Sebaliknya bilangan Ahli Parlimen Pakatan bukan Melayu pula telah meningkat daripada 39 orang kepada 50 orang kesan daripada tsunami Cina.
KuasaMelayu2
*Kalau hendak dikira Zairil Khir Johari sekali, maka Pakatan mempunyai 39 orang MP Melayu.
Namun, nama sah anak buah Guan Eng itu yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya tak mempunyai ‘bin’ dalam nama ‘Zairil Khir Johari’ itu. Nama Zairil yang didaftar sebagai seorang pemilih di DUN Pulau Tikus, Pulau Pinang tidak juga ber’bin’.
Seorang lagi Ahli Parlimen Melayu DAP ialah Sakmongkol di Raub, Pahang.
Bilangan MP Melayu PKR menyusut daripada 20 orang (2008) menjadi 16 orang sahaja pada masa kini. PAS mempunyai 21 orang MP dalam Parlimen 2013 berbanding 23 orang MP dalam Parlimen 2008.
Gelombang Melayu menolak PKR dan PAS telah menukar warna Kedah menjadi biru daripada hijau.
Kerusi Parlimen di Kedah 2013
Kerusi Parlimen di Kedah 2013
Kerusi Parlimen di Kedah 2008
Kerusi Parlimen di Kedah 2008
Gelombang Melayu menolak PKR dan PAS juga telah memenangkan Umno di Perak. Dalam pilihanraya tahun 2008, BN telah kehilangan negeri Perak.
Sebaliknya tsunami Cina berjaya mengukuhkan kedudukan Pakatan di negeri-negeri masyarakat majmuk yang diperintah mereka. Di Selangor dan Pulau Pinang, BN lagi mundur dalam tahun 2013 berbanding prestasi mereka pada 2008.
Pakatan89
Dalam pilihanraya tahun ini, Pakatan berjaya “ini kali” mendapat majoriti dua-pertiga dalam DUN Selangor dan DUN Pulau Pinang.

Kesan tsunami Cina

Selangor (kerusi DUN)
  • 2008: Pakatan 36, BN 20
  • 2013: Pakatan 44, BN 12
Pulau Pinang (kerusi DUN)
  • 2008: Pakatan 29, BN 11
  • 2013: Pakatan 30, BN 10
Manakala itu, DAP mencipta ‘rekod sempurna’ di negeri-negeri Chinese belt.
Di DUN Pulau Pinang, DAP bertanding 19 kerusi, menang 19.
Di DUN Perak, DAP bertanding 18 kerusi, menang 18.
Di DUN Selangor, DAP bertanding 15 kerusi, menang 15.
Di DUN Negeri Sembilan, DAP bertanding 11 kerusi, menang 11.
Di DUN Pahang, DAP bertanding 7 kerusi, menang 7.
DAP mencapai perfect score – jadual lengkap di sini – di negeri-negeri tersebut.
Di DUN Johor, DAP bertanding 14 kerusi, menang 13. Kesemua 13 calon Cinanya menang di Johor. Yang kalah hanya seorang sahaja calon DAP keturunan India.
Di kalangan 19 Adun DAP di Pulau Pinang, tidak ada seorang yang Melayu.
Di kalangan 18 Adun DAP di Perak, tidak ada seorang yang Melayu.
Di kalangan 15 Adun DAP di Selangor, tidak ada seorang yang Melayu.
Di kalangan 11 Adun DAP di Negeri Sembilan, tidak ada seorang yang Melayu.
Di kalangan 7 Adun DAP di Pahang, barulah ada seorang Melayu kerabat di-raja – Tengku Zulpuri Shah.
Tsunami Cina telah menambahkan jumlah bilangan perwakilan Pakatan di DUN daripada 196 kerusi kesemuanya dalam 2008 kepada 229 kerusi dalam 2013. (Ada sejumlah 505 kerusi DUN di seluruh negara tidak termasuk Sarawak).
Dari segi kekuatan, DAP adalah parti pembangkang yang paling berkuasa sekali.
PieChartSeatShareGE13
DAP – PKR – PAS – BN

Kesan sampingan tsunami Cina

Tsunami Cina berjaya memenangkan beberapa orang calon Melayu baru PAS dan PKR di kerusi campur serta membantu calon-calon Melayu yang lain mempertahankan kerusi mereka.
Contohnya, Rafizi Ramli (PKR) menang di kawasan 48.2 pemilih Cina di Pandan, Selangor; Mohd Idris Jusi (PKR) di kawasan 45.7 pemilih Cina di Batu Pahat, Johor dan Shamsul Iskandar Akin (PKR) di kawasan 40.8 pemilih Cina di Bukit Katil, Melaka.
Calon PKR Mansor Othman menang kerusi Nibong Tebal (37.3% Cina) di Pulau Pinang, dan calon-calon PAS Che Rosli Che Mat dan Mohd Hanipa Maidin masing-masing menang di Hulu Langat (34.3% Cina) dan Sepang (34.0% Cina), Selangor.
Para calon PKR yang memenangi kerusi-kerusi yang mempunyai lebih satu-pertiga pemilih Cina adalah Mohd Imran Hamid di Lumut, Kamarul Baharin Abbas di Telok Kemang, Zuraida Kamaruddin di Ampang dan Fuziah Salleh di Kuantan.
Calon PAS Dr Siti Mariah Mahmud menang di kerusi Kota Raja, Selangor yang mempunyai 45.4 peratus calon bukan Melayu — baca ‘Sah tsunami Cina dan ia menguntungkan PAS‘.
Dalam pada itu, orang Melayu pantai barat telah memberi reaksi balas kepada asakan Cina DAP dengan berbalik kepada Umno. Akibatnya PAS tidak mampu menang di kawasan Melayu pekat di negeri-negeri pantai barat.
Menyimpang dari sejarah dan tradisi, PAS kini lebih berjaya di kawasan yang mempunyai jumlah besar pemilih Cina di kerusi-kerusi campur.
Walaupun Pakatan sekarang ini sangat kuat di Selangor Darul Dakyah (24/7 propaganda Selangor.tv, Media Selangorku, Selangor Times, Selangorkini dan banyak lagi), prestasi PAS telah jatuh di ibunegeri Melayu Selangor. (Shah Alam ialah sebuah kawasan 69.9% peratus pemilih Melayu, 14.9 peratus pemilih Cina dan 14.2 peratus pemilih India.)
Majoriti undi yang diperolehi Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad di Shah Alam tidak banyak meningkat — 9,314 undi (PRU12) berbanding 10,939 undi (PRU13).
Namun undi yang diberikan kepada lawannya telah meningkat banyak. Abdul Aziz Shamsuddin (Umno) telah mendapat 24,042 undi di Shah Alam dalam 2008.
Zulkifli Nordin, walaupun hanya dicalonkan pada saat-saat terakhir, tetapi masih berjaya meraih 38,070 undi berbanding 49,009 undi bagi Khalid Samad.
Bermaksud undi yang diperoleh oleh BN-2013 mengatasi undi yang diperoleh oleh BN-2008 sebanyak 14,028 undi. Gejala ini mencerminkan backlash Melayu terhadap Pakatan, memandangkan Zul Nordin seorang last minute candidate yang bukannya anak jati Selangor pun.

Statistik Keputusan Kerusi Yang dimenangi Pada PRU13



Wednesday 9 September 2015

2. Analisa PRU13 Dari Sudut Calon-calon Yang Bertanding


Senarai Penuh Nama Calon Parlimen PRU13
Berikut adalah senarai penuh calon-calon dari semua parti yang bertanding. – PAS, BN, PKR, DAP dan BEBAS untuk kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 13 tahun 2013.

Perlis


  • P001 Padang Besar – Azamhari Mahamood (PAS), Zahidi Zainul Abidin (BN)
  • P002 Kangar – Baharuddin Ahmad (PAS), Shaharuddin Ismail (BN)
  • P003 Arau – Haron Din (PAS), Shahidan Kassim (BN), Zainudin Yom (BEBAS)


Kedah

  • P004 Langkawi – Nawawi Ahmad (BN), Ahmad Abdullah (PKR), Marina Hussein (BEBAS)
  • P005 Jerlun – Othman Aziz (BN), Ismail Salleh (PAS)
  • P006 Kubang Pasu – Johari Baharom (BN), Mohd Jamal Nasir (PAS)
  • P007 Padang Terap – Mohd Nasir Zakaria (PAS), Mahdzir Khalid (BN), Mohamad Bazli Abdullah (BEBAS)
  • P008 Pokok Sena – Mahfuz Omar (PAS), Shahlan Ismail (BN)
  • P009 Alor Setar – Gooi Hsiau Leung (KEADILAN), Chor Chee Heung (BN), Abdul Fisol Mohd Isa (BERJASA), Jawahir Raja Abdul Wahid (BERSAMA)
  • P010 Kuala Kedah – Azman Ismail (KEADILAN), Zaki Zamani Abdul Rashid (BN)
  • P011 Pendang – Mohamad Sabu (PAS), Othman Abdul (BN)
  • P012 Jerai – Mohd Firdaus Jaafar (PAS), Jamil Khir (BN)
  • P013 Sik – Mansor Abdul Rahman (BN), Che Uda Che Nik (PAS)
  • P014 Merbok – Nor Azrina Surip (KEADILAN), Ismail Daud (BN), Ong Wei Sin (BEBAS), Suhaimi Hashim (KITA)
  • P015 Sungai Petani – Johari Abdul (KEADILAN), Shamsul Anuar Ismail (BN)
  • P016 Baling – Mohd Najmi Ahmad (PAS), Abdul Azeez Abdul Rahim (BN)
  • P017 Padang Serai – N Surendran (KEADILAN), Heng Seai Kie (BN), Gobalakrishnan (BEBAS, Otman Mawi (BEBAS), Hamidi Abdul Hasan (BERJASA)
  • P018 Kulim-Bandar Baharu – Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN), Abdul Aziz Sheikh Fadzir (BN)


Kelantan

  • P019 Tumpat – Kamaruddin Jaffar (PAS), Mansor Salleh (BN)
  • P020 Pengkalan Chepa - Dali Husin (BN), Izani Husin (PAS)
  • P021 Kota Bharu – Takiyuddin Hassan (PAS), Mohamad Fatmi Che Salleh (BN), Zakiman Abu Bakar (BEBAS)
  • P022 Pasir Mas – Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS), Ibrahim Ali (BEBAS)
  • P023 Rantau Panjang – Siti Zaleha Mohd Yusof (PAS), Ghazali Ismail (BN)
  • P024 Kubang Kerian – Ahmad Baihaqi Atiqullah (PAS), Anuar Safian (BN)
  • P025 Bachok – Ahmad Marzuki Shaary (PAS), Awang Adek Hussin (BN)
  • P026 Ketereh – Ab Aziz Abdul Kadir (KEADILAN), Annuar Musa (BN)
  • P027 Tanah Merah – Nik Mohamad Nik Hassan (PKR ), Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN), Ahmad Fizal Che Harun (BEBAS)
  • P028 Pasir Puteh - Tuan Mustaffa Tuan Mat (BN), Nik Maziah Nik Mohamad (PAS)
  • P029 Machang – Wan Zawawi Wan Ismail (KEADILAN), Ahmad Jazlan Yaakub (BN)
  • P030 Jeli – Mohd Apandi Mohamad (PAS), Mustapa Mohamed (BN)
  • P031 Kuala Krai – Mohd Hatta Ramli (PAS), Tuan Aziz Tuan Hamat (BN)
  • P032 Gua Musang – Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah (BN), Wan Abd Rahim Wan Abdullah (PAS)


Terengganu

  • P033 Besut – Idris Jusoh (BN), Riduan Mohamad Nor (PAS)
  • P034 Setiu – Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN), Omar Sidek (PAS)
  • P035 Kuala Nerus – Mohd Khairuddin Aman Ghazali (PAS), Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN)
  • P036 Kuala Terengganu – Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS), Mohd Zuber Embong (BN), Maimun Yusof (BEBAS)
  • P037 Marang – Abdul Hadi Awang (PAS), Yahya Khatib Mohamad (BN)
  • P038 Hulu Terengganu – Jailani Johari (BN), Kamaruzaman Abdullah (PAS)
  • P039 Dungun – Wan Hassan Mohd Ramli (PAS), Rosli Mat Hassan (BN), Mazlan Harun (BEBAS)
  • P040 Kemaman – Kamarudin Chik (KEADILAN), Ahmad Shabery Cheek (BN)


Pulau Pinang

  • P041 Kepala Batas – Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS), Rezaal Merican (BN)
  • P042 Tasek Gelugor – Shabudin Yahaya (BN), Abdul Rahman Maidin (PAS), Mohd Omar Shariff (BEBAS)
  • P043 Bagan – Lim Guan Eng (DAP), David Chua Teik Siang (BN), Lim Kim Chu (PCM)
  • P044 Permatang Pauh – Anwar Ibrahim (KEADILAN), Mazlan Ismail (BN), Abdullah Zawawi Samsudin (BEBAS)
  • P045 Bukit Mertajam – Sim Chee Keong (DAP), Gui Guat Lye (BN)
  • P046 Batu Kawan – Kasthuriraani (DAP), N. Gobalakrishnan (BN), Huan Cheng Guan (PCM), Mohan (BEBAS)
  • P047 Nibong Tebal – Mansor Othman (KEADILAN), Zainal Abidin Osman (BN), Teng Kok Pheng (BEBAS)
  • P048 Bukit Bendera – Zairil Khir Johari (DAP), Teh Leong Meng (BN)
  • P049 Tanjong – Ng Wei Aik (DAP), Ng Song Kheng (BN)
  • P050 Jelutong – Ooi Chuan Aun (DAP), Ng Fook On (BN)
  • P051 Bukit Gelugor – Karpal Singh (DAP), Teh Beng Yeam (BN)
  • P052 Bayan Baru – Sim Tze Tzin (KEADILAN), Tang Heap Seng (BN)
  • P053 Balik Pulau – Mohamad Bakhtiar Wan Chik (KEADILAN), Dr. Hilmi Yahaya (BN)


Perak

  • P054 Gerik – Norhayati Kasim (PAS), Hasbullah Osman (BN)
  • P055 Lenggong – Razman Zakaria (PAS), Shamsul Anuar Nasarah (BN)
  • P056 Larut – Fauzi Shaari (PAS), Hamzah Zainudin (BN), Raveendran  A/L Vallikana (BEBAS)
  • P057 Parit Buntar – Mujahid Yusof Rawa (PAS), Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin (BN)
  • P058 Bagan Serai – Mohd Nor Hj R. M. Monutty (KEADILAN),  Noor Azmi Ghazali (BN), Abdul Latif Masud (BEBAS)
  • P059 Bukit Gantang – Ismail Saffian (BN), Idris Ahmad (PAS)
  • P060 Taiping – Nga Kor Ming (DAP), Tan Lian Hoe (BN)
  • P061 Padang Rengas – Meor Ahmad Isharra Ishak (KEADILAN), Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN)
  • P062 Sungai Siput – Michael Jeyakumar Devaraj (PSM), Devamany A/L S. Krishnasamy (BN), Nagalingam A/L Singgaravelloo (BEBAS)
  • P063 Tambun – Siti Aishah Shaik Ismail (KEADILAN), Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (BN)
  • P064 Ipoh Timur – Su Keong Siong (DAP), Kat Wong Mei Yin (BN)
  • P065 Ipoh Barat – Kulasegaran A/L Murugeson (DAP), Cheng Wei Yee (BN), Kalwant Singh A/L Sujan Singh (BEBAS)
  • P066 Batu Gajah – Sivakumar A/L Varatharaju Naidu (DAP), Loo Thin Tuck (BN)
  • P067 Kuala Kangsar – Khalil Idham Lim Abdullah (PAS), Wan Mohd Khai-ril Anuar Wan Ahmad (BN), Kamilia Ibrahim (BEBAS)
  • P068 Beruas – Ngeh Koo Ham (DAP), Chang Ko Youn (BN)
  • P069 Parit – Mohamad Ismi Muhamad Taib (PAS), Mohd Zaim Abu Hasan (BN)
  • P070 Kampar – Lee Chee Leong (BN), Ko Chung Seng (DAP)
  • P071 Gopeng – Lee Boon Chye (KEADILAN), Tan Chin Meng (BN)
  • P072 Tapah – Saravanan A/L Murugan (BN), Vasantha Kumar A/L Krishnan (PKR), Shaharuzzaman Bistamam (BERJASA), Ridzuan Bani (BEBAS)
  • P073 Pasir Salak – Mustafa Kamil Ayyub (KEADILAN), Tajuddin Abdul Rahman (BN)
  • P074 Lumut – Imran Abdul Hamid (PAS), Kong Cho Ha (BN)
  • P075 Bagan Datoh – Ahmad Zahid Hamidi (BN), Madhi Hasan (PKR)
  • P076 Teluk Intan – Seah Leong Peng (DAP), Mah Siew Keong (BN), Moralingam A/L Kannan (BEBAS)
  • P077 Tanjong Malim – Tan Yee Kew (PKR), Ong Ka Chuan (BN)


Pahang

  • P078 Cameron Highlands – G. Palanivel (BN), Mohd Shokri (BERJASA), Monogaran (DAP), Kisho Kumar (BEBAS), Alagu (BEBAS)
  • P079 Lipis – Abdul Rahman MOhamad (BN), Mohd Mahyuddin Ghazali (PAS), Aishaton Abu Bakar (BEBAS)
  • P080 Raub – Mohd Ariff Sabri Abd Aziz (DAP), Hoh Khai Mun (BN)
  • P081 Jerantut – Ahmad Nazlan Idris (BN), Hamzah Jaafar (PAS),
  • P082 Indera Mahkota – Fauzi Abdul Rahman (KEADILAN), Wan Adnan Wan Mamat (BN), G Ponisamy (BEBAS)
  • P083 Kuantan – Fuziah Salleh (KEADILAN), Mohd. Suffian Awang (BN)
  • P084 Paya Besar – Murni Hidayah Anuar (KEADILAN), Abdul Manan Ismail (BN), Zahari Mamat (BEBAS)
  • P085 Pekan – Mohd Fariz Musa (KEADILAN), DS Najib Razak (BN)
  • P086 Maran – Ismail Abd. Mutalib (BN), Mujibur Rahman Ishak (PAS)
  • P087 Kuala Krau – Ismail Mohamed Said (BN), Nasruddin Hassan (PAS)
  • P088 Temerloh – Nasrudin Hassan Tantawi (PAS), Saifuddin Abdullah (BN)
  • P089 Bentong – Wong Tack (DAP), Liow Tiong Lai (BN)
  • P090 Bera – Zakaria Abdul Hamid (KEADILAN), Ismail Sabri Yaakob (BN), Mohd Wali (BEBAS)
  • P091 Rompin – Jamaludin Jarjis (BN), Nuridah Mohd Salleh (PAS)


Selangor

  • P092 Sabak Bernam – Dr Abdul Aziz Bari (KEADILAN), Mohd. Fasiah Mohd Fakeh (BN)
  • P093 Sungai Besar – Noriah Kasnon (BN), Mohd Salleh M Husin (PAS)
  • P094 Hulu Selangor – Khalid Jaafar (KEADILAN), P. Kamalanathan (BN), Radzali Moktar (BEBAS), Santhara Kumar (BEBAS)
  • P095 Tanjong Karang – Noh Omar (BN), Herman Tino(BEBAS), Mohd Rashid Deraman (PAS)
  • P096 Kuala Selangor – Dzulkefly Ahmad (PAS), Irmohizam Ibrahim (BN)
  • P097 Selayang – William Leong Jee Ken (KEADILAN), Donald Lim Siang Chai (BN), Mohd Hazizi (BERJASA)
  • P098 Gombak – Azmin Ali (KEADILAN), Raman Ismail (BN), Said Nazar (BEBAS)
  • P099 Ampang – Zuraida Kamaruddin (KEADILAN), Rozaidah Talib (BN)
  • P100 Pandan – Rafizi Ramli (KEADILAN), Garry Lim Chin Yee (BN), Tan Yew Leng (BEBAS)
  • P101 Hulu Langat – Adzhaliza Mohd. Nor (BN), Che Rosli Che Mat (PAS)
  • P102 Serdang – Ong Kian Ming (DAP), Yap Pian Hon (BN)
  • P103 Puchong – Gobind Singh Deo (DAP), A. Kohilan Pillay (BN)
  • P104 Kelana Jaya – Wong Chen (KEADILAN), Loh Seng Kok (BN), Toh Sin Wah (BEBAS)
  • P105 Petaling Jaya Selatan – Hee Loy Sian (KEADILAN), Seah Kok Fah (BN), Ibrahim Khatib (BEBAS)
  • P106 Petaling Jaya Utara – Tony Pua Kiam Wee (DAP), Chew Hoong Ling (BN)
  • P107 Subang – Sivarasa Rasiah (KEADILAN), A. Prakash Rao (BN), Edros Abdullah (BEBAS), Mohd Ismail (BERJASA), Nazaruddin (BEBAS)
  • P108 Shah Alam – Khalid Samad (PAS), Zulkifli Noordin (BN)
  • P109 Kapar - G Manivannan (KEADILAN), A. Sakthivel (BN), Norhamzah (BEBAS), Palaya (BEBAS), Mohd Pathan (BERJASA), Mohd Nazri (BEBAS)
  • P110 Klang – Charles Anthony Santiago (DAP), Teh Kim Poo (BN)
  • P111 Kota Raja – Siti Mariah Mahmud (PAS), . Murugesan (BN), Uthayakumar (BEBAS), Azman Idrus (BEBAS)
  • P112 Kuala Langat – Abdullah Sani (KEADILAN), Sharuddin Omar (BN), Kottappan (BEBAS)
  • P113 Sepang – Mohd. Zin Mohamed (BN), Mohd Zin Mohamed (PAS), Suhaimi (BEBAS), Hanapiah (BEBAS)


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

  • P114 Kepong – A Chandrakumanan (BN), Tan Seng Giaw (DAP), Yee Poh Ping (BEBAS)
  • P115 Batu – Tian Chua (KEADILAN), Dominic Lau Hoe Chai (BN), Atan Bin Jasin (BEBAS), Hashin Abdul Karim (BERJASA), Nazariah (BEBAS)
  • P116 Wangsa Maju – Tan Kee Kwong (KEADILAN), Mohd Shafie Abdullah (BN)
  • P117 Segambut – Lim Lip Eng (DAP), Jayanthi Devi Balaguru (BN)
  • P118 Setiawangsa – Ibrahim Yaacob (KEADILAN), Ahmad Fauzi Zahari (BN)
  • P119 Titiwangsa – Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi (PAS), Johari Abdul Ghani (BN)
  • P120 Bukit Bintang – Fong Kui Lun (DAP), Frankie Gan Joon Zin (BN)
  • P121 Lembah Pantai – Nurul Izzah Anwar (KEADILAN), Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN), Rusli Baba (BEBAS)
  • P122 Seputeh – Ong Kian Ming (DAP), Nicole Wong Siaw Ting (BN)
  • P123 Cheras – Tan Kok Wai (DAP), Teoh Chee Hooi (BN)
  • P124 Bandar Tun Razak – Abdul Khalid Ibrahim (KEADILAN), Tan Kok Eng (BN), Mokhtar Salahudin (BEBAS), Mohamad Sukeri Abdul Samat(BEBAS)
  • P125 Putrajaya – Husam Musa (PAS), Tengku Adnan Tengku Mansor (BN)
  • P166 Labuan – Ibrahim Menudin (KEADILAN), Rozman Isli (BN), Hadnan Mohamad (PAS)


Negeri Sembilan

  • P126 Jelebu – Raj Munni Sabu (PAS), Zainuddin Hj Ismail (BN)
  • P127 Jempol – Wan Aishah Wan Ariffin (PAS), Md Isa Md Samad (BN)
  • P128 Seremban – Loke Siew Fook (DAP), Yeow Chai Thiam (BN), Abdul Halim Abdullah (BERJASA), John Fernandez (BEBAS), Bujang Abu (BEBAS)
  • P129 Kuala Pilah – Nazeri Yunus (KEADILAN), Hasan Malik (BN)
  • P130 Rasah – Teo Kok Seong (PKR), Teo Eng Kian (BN)
  • P131 Rembau – Khairy Jamaluddin (BN), Radzali A Ghani (PKR), Abdul Aziz (BEBAS)
  • P132 Telok Kemang – Kamarul Baharin Abbas (KEADILAN), Mogan A/L Velayatham (BN), Kamarudin Kumaravel Abdullah (BEBAS)
  • P133 Tampin – Abdul Razakek Abdul Rahim (PAS), Shaziman Abu Mansor (BN)


Melaka

  • P134 Masjid Tanah – Mas Emieyati Samsuddin (BN), Mohd Nasaie Ismail (PAS)
  • P135 Alor Gajah – Koh Nai Kwong (BN), Damien Yeo Shen Li (DAP)
  • P136 Batu  Tangga – Abu Bakar Mohd. Diah (BN), Rahim Ali (PKR)
  • P137 Bukit Katil – Shamsul Iskandar Md Akin (KEADILAN), Mohd Ali Rustam (BN)
  • P138 Kota Melaka – Sim Tong Him (DAP), Yee Kok Wah (BN)
  • P139 Jasin – Ahmad Hamzah (BN), Rahmat Yusof (PKR)


Johor

  • P140 Segamat – Chua Jui Meng (KEADILAN), S Subramaniam (BN)
  • P141 Sekijang – Anuar Abd. Manap (BN), Julailey Jemadi (PKR)
  • P142 Labis – Chua Tee Yong (BN), S Ramakrishnan (DAP)
  • P143 Pagoh – Muhyiddin Yassin (BN), Mohd Rozali Jamil (PAS)
  • P144 Ledang - Hamim Samuri (BN), Hassan Karim (PAS)
  • P145 Bakri – Er Teck Hwa (DAP), Chris Lee Ching Yong (BN)
  • P146 Muar – Nor Hizwan Ahmad (KEADILAN), Razali Ibrahim (BN)
  • P147 Parit Sulong – Khairuddin Abd Rahim (PAS), Noraini Ahmad (BN)
  • P148 Ayer Hitam – Wee Ka Siong (BN), Hu Pang Chaw (PAS)
  • P149 Sri Gading – Aziz Kaprawi (BN), Mohd Khuzzan Abu Bakar (PKR)
  • P150 Batu Pahat – Idris Jusi (KEADILAN), Mohd. Puad Zarkashi (BN)
  • P151 Simpang Renggam - Liang Teck Meng (BN), Suhaizan Kaiat (PAS)
  • P152 Kluang – Liew Chin Tong (DAP), Hou Kok Siong (BN)
  • P153 Sembrong – Onn Abu Bakar (KEADILAN), Hishammuddin Hussein (BN)
  • P154 Mersing –  Abd. Latiff Ahmad (BN), Roslan Nikmat (PAS)
  • P155 Tenggara – Halimah Mohamed Sadique (BN), Muhamad Said Jonit (PAS)
  • P156 Kota Tinggi - Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid (BN), Onn Jaafar (PAS)
  • P157 Pengerang – Azalina Othman (BN), Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid (PKR), Mohd Azaman Johari (BEBAS)
  • P158 Tebrau – Steven Choong Siow (KEADILAN), Khoo Soon Seang (BN)
  • P159 Pasir Gudang – Ahmad Faidi Saidi (KEADILAN), Normala Abd. Samad (BN)
  • P160 Johor Bharu – Md Hashim Hussein (KEADILAN), Shahrir Samad (BN)
  • P161 Pulai – Salahuddin Ayub (PAS), Nur Jazlan Mohamed (BN)
  • P162 Gelang Patah – Lim Kit Siang (DAP), Abdul Ghani Othman (BN)
  • P163 Kulai – Teo Nie Ching (DAP), Tay Chin Hein (BN), Surendiran (BEBAS)
  • P164 Pontian – Ghazali Hosman (KEADILAN), Ahmad Maslan (BN)
  • P165 Tanjong Piai – Wee Jeck Seng (BN), Mahdzir Ibrahim (PAS)


Sabah

  • P167 Kudat – Rahimah Majid (KEADILAN), Abdul Rahim Bakri (BN), Robert Mojurib Diyun (SAPP), Jutirim Galibai Galabi (STAR)
  • P168 Kota Marudu – Maijol Mahap (KEADILAN), Maximus Ongkili (BN), Majamis Timbong (STAR), Yuntau K Kolod (SAPP)
  • P169 Kota Belud – Isnaraissah Munirah Majilis (KEADILAN), Abd. Rahman Dahlan (BN), Jalumin Bayogoh (STAR), Lamsil Amidsor (BEBAS), Kanul Gindol (BEBAS)
  • P170 Tuaran – Wilfred Bumburing (APS-KEADILAN), Madius Tangau (BN), Erveana Ansari (BEBAS), Samin (STAR)
  • P171 Sepanggar – Jeffry Kumin (DAP), Jumat Idris (BN), Chin Hon Kiong (SAPP), Daniel John Jambun (STAR)
  • P172 Kota Kinabalu – Wong Sze Phin (DAP), Chin Tek Ming (BN), Liew Hock Leong (STAR)
  • P173 Putatan – Lee Han Kyun (DAP), Marcus Mojigoh (BN), Awang Ahmad Sah (STAR), Dulie Mari (SAPP)
  • P174 Penampang – Darell Leiking (KEADILAN), Bernard Dompok (BN), Melania Annol (STAR)
  • P175 Papar – Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BN), Balon Mujim (STAR), Yahya Lampong (PKR)
  • P176 Kimanis – Anifah Aman (BN), Lusin Balangon (STAR), Jamil William (SAPP), Jaafar Ismail (PKR)
  • P177 Beaufort – Lajim Ukin (PPPS-KEADILAN), Azizah Mohd. Dun (BN), Guan Dee Koh Hoi (STAR)
  • P178 Sipitang - Sapawi Amat Wassali@Ahmad (BN), Kamis Daming (SAPP), Ramle Dua (PKR)
  • P179 Ranau – Jonathan Yassin (KEADILAN), Ewon Ebin (BN), Yazid Sahjinan (BEBAS), Julianah Situn (STAR)
  • P180 Keningau – Joseph Pairin Kitingan (BN), Geoffrey Kitingan (STAR), Stephen Sandor (PKR)
  • P181 Tenom – Raime Unggi (BN), Hasmin Abdullah (STAR),  Jaineh Juata (SAPP), Masdi Tumas (PKR), Mutang Dawat (KITA)
  • P182 Pensiangan – Martin Tomy (STAR), Richard Sakian Gunting (PKR), Joseph Kurup (BN), Fatimah Agitor (BEBAS)
  • P183 Beluran – Ronald Kiandee (BN), Raimon Lanjat (STAR), James Miki (PKR), Datu Kamaruddin Datu Mustapha (BEBAS)
  • P184 Libaran – Juslie Ajirol (BN), Sahar Saka (BEBAS), Mohd Serman Hassnar (PKR), Rosnah Unsari (STAR)
  • P185 Batu Sapi – Linda Tsen Thau Lin (BN), Saiful Bahari (STAR), Hamzah Abdullah (PAS)
  • P186 Sandakan – Liew Vui Keong (BN), Wong Tien Fatt (DAP)
  • P187 Kinabatangan – Bung Moktar Radin (BN), Abdullah Abdul Sani (PKR), Ali Latip Taha (BEBAS), Yambuya Parantis (STAR)
  • P188 Silam – Datu Nasrun Datu Mansor (BN), Dumi Pg Masdal (BEBAS), Badrulamin Bahron (PKR), Nawawie Saking (STAR)
  • P189 Semporna – Mohd. Shafie Apdal (BN),Mohd Suffian Abdul Habi (PKR), Badaruddin Tun Datu Mustapha (BEBAS)
  • P190 Tawau – Mary Yap Kain Ching (BN), Kong Hong Ming (PKR), Chua Soon Bui (SAPP), Ahmad Awang (BEBAS)
  • P191 Kalabakan – Abdul Ghapur Salleh (BN), Yahya Zainal (BEBAS), Malvine (STAR), Siamsir (BEBAS), Freddie Japat Simbol (BEBAS), Mohd Manuke (BEBAS), Usman Madeaming (PAS)


Sarawak


  • P192 Mas Gading – Nogeh Gumbek (BN), Patrick Anek Uren (STAR), Mordi Bimol (DAP), Tekhee (BEBAS)
  • P193 Santubong – Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN), Affendi Jeman (BEBAS), Zulrusdi Mohamad Hol (PKR), Mura Kadir (STAR)
  • P194 Petra Jaya – Ahmad Nazib Johari (PKR), Fadillah Yusof (BN)
  • P195 Bandar Kuching – Chong Chein Jen (DAP), Tan Kai (BN)
  • P196 Stampin – Dr Tang Sie Hing (DAP), Yong Khoon Seng (BN), Soo Lina (STAR)
  • P197 Kota Samarahan – Abang Ahmad Kerdee (KEADILAN), Rubiah Wang (BN)
  • P198 Mambong – Willie Monggin (KEADILAN), Dripin Sakoi (STAR), James Dawos Mamit (BN)
  • P199 Serian - Richard Riot (BN), Edward Andrew Luwak (DAP), Johnny Aput (STAR)
  • P200 Batang Sadong – Mohd Jolhi (PAS), Nancy Shukri (BN)
  • P201 Batang Lupar – Zulkifli Abang Engkeh (KEADILAN), Rohani Abdul Karim (BN)
  • P202 Sri Aman – Nicholas Mujah (KEADILAN), Masir Kujat (BN), Wilfred Stephen (SWP), Donald Lawan (BEBAS)
  • P203 Lubok Antu – Nicholas Bawing Anggat (KEADILAN), Nyalau Badak (BN), Larry Sng (SWP)
  • P204 Betong – Douglas Unggah (BN), Cecilia Siti Una (PKR)
  • P205 Saratok – Ali Biju (KEADILAN), Rosli Lek (BEBAS), William Ikom (BN)
  • P206 Tanjong Manis – Jurina Mut (PAS), Norah Abd Rahman (BN)
  • P207 Igan – Abdulah Wahab Dolah (BN), Ajiji Fauzah (PAS)
  • P208 Sarikei – Ding Kuong Hiing (BN), Andrew Wong Lin Biu (DAP)
  • P209 Julau – Andy Wong Hong Yu (KEADILAN), Wong Judat (SWP), Joseph Salang Gandum (BN)
  • P210 Kanowit – Thomas Laja (KEADILAN), Ellison Ludah Muyan (SWP), Ago Dagang (BN)
  • P211 Lanang - Tiong Thai King (BN), Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
  • P212 Sibu – Oscar Ling Chai (DAP), Lau Lee Ming (BN), Narawi Haron (BEBAS)
  • P213 Mukah – Sylvester Ajah Subah (BEBAS), Hai Merawin (DAP), Muhamad Leo Michael Toyad (BN)
  • P214 Selangau – Joshua Jabeng (KEADILAN),  Joseph Entulu Belaun (BN), Sng Chee Hua (SWP)
  • P215 Kapit – Alexander Nanta Linggi (BN), Ramli Malaka (DAP)
  • P216 Hulu Rajang – Abun Sui Anyit (KEADILAN), George Lagong (SWP), Ugak Kumbong (BN)
  • P217 Bintulu – Tiong King Sing (BN), John Brian Anthony (DAP)
  • P218 Sibuti – Mohamad Zaid Tandang (PAS), Ahmad Lai Bujang (BN)
  • P219 Miri – Sebastian Ting (BN), Michael Teo Yu Keng (PKR), Chong Kon Fatt (STAR)
  • P220 Baram – Ronald Engan (KEADILAN), Anyi Ngau (BN), Patrick Sibat Sujang (BEBAS)
  • P221 Limbang – Baru Bian (KEADILAN), Hasbi Habibollah (BN)
  • P222 Lawas – Baru Langup (DAP), Henry Sum Agong (BN), Alirahman Kamseh (STAR)

Analisa PRU13 Dari Sudut Calon-calon Yang Bertanding

Pilihan raya umum Malaysia ke-13 (PRU-13) telah diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April. Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 28 April 2013. Namun parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 30 April kerana 28 April ialah hari Ahad. Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal dengan nasihat Perdana Menteri. Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 28 Mei.Pilihan raya umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinya secara berasingan daripadaParlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.
Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi. Beliau juga memberi jaminan sebarang perubahan kuasa sama ada di peringkat persekutuan atau negeri akan berjalan dengan aman.
Pada 10 April 2013, SPR mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon ialah 20 April dan pilihan raya pada 5 Mei, hari Ahad.
Pada awal pagi 6 Mei, Barisan Nasional secara muktamad diumumkan kekal berkuasa, dengan majoriti yang berkurang. Bagaimanapun, ia berjaya merampas kembali negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, PR memenangi undian popular buat pertama kali.