Tuesday 29 September 2015

Pengenalan




Negara yang mengamalkan sistem demokrasi pasti akan mengadakan Pilihanraya untuk mengundi pemimpin yang mereka pilih. Terdapat beberapa definisi dari pelbagai sumber tentang Pilihanraya. Menurut  Kamus Dewan Edisi ke-4:  Pilihanraya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya lagi. Manakla dalam buku 50 fakta asas kenegaraan, Pilihanraya ialah  satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan ataupun negeri (Wariya, 2007) dan Akta Pilihanraya 1965 menafsirkan Pilihanraya adalah  Suatu Pilihanraya Parlimen/Negeri mengikut mana berkenaan (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2000).
Pilihanraya telah mula diamalkan di Malaysia pada tahun 1951. Ia telah diadakan di dalam peringkat majlis perbandaran George Town Pulau Pinang  pada Disember 1951 (Wariya, 2007)  Diikuti pada tahun 1955, Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan. Seterusnya pada tahun 1959,Pilihanraya yang pertama diadakan selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Kemudiannya Pilihanraya dijalankan selama lima tahun sekali setelah Parlimen ataupun dewan undangan negeri  dibubarkan.
Di Malaysia, sistem Pilihanraya yang diguna pakai adalah berdasarkan satu kawasan satu wakil. Iaitu di mana calon yang mendapat undi yg terbanyak akan diisytiharkan menang. Calon tunggal akan menang tanpa bertanding. Seterusnya pakatan parti yang memiliki jumlah kerusi yang terbanyak dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri  akan menguasai dewan atau Parlimen. Keperluan mengadakan Pilihanraya adalah untuk menentukan pemindahan kuasa kerajaan tanpa kekerasan, menentukan kuasa pemerintah, memberi peluang kepada pihak-pihak  yang berkuasa mentadbir dengan adil dan saksama.

No comments:

Post a Comment