Tuesday 29 September 2015

Latar Belakang Pilihan Raya Di Malaysia

Sejarah Pilihanraya di Malaysia

Sebelum Tanah Melayu merdeka, Pilihanraya  hanya dijalankan  di peringkat kerajaan tempatan pada tahun 1951 iaitu di George Town Pulau Pinang  pada Disember 1951 (Wariya, 2007). Pilihanraya ini adalah bertujuan untuk memilih perwakilan di peringkat kerajaan tempatan (Malaysia Kita , 2008). Kemudiannya pada zaman Pilihanrayaa merdeka, setelah ancaman komunis dalam keadaan terkawal, Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan pada febuari 1952. Pilihanraya ini adalah Pilihanrayaoses untuk latihan awal ke arah mentadbir Kerajaan dan membentuk kerajaan yang berlandaskan demokrasi.
Pada tahun 1955, Pilihanraya umum yang pertama untuk Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan pada Julai 1957. Sebanyak 52 kerusi telah  dipertandingkan. Dalam Pilihanraya tersebut Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi dan 1 kerusi dimenangi oleh Parti Islam Semalaysia (PAS). Dengan kemenangan ini, Parti Perikatan secara automatiknya memenuhi matlamat menjadi kumpulan majority dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan (Malaysia Kita , 2008). Selepas Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, Pilihanraya telah diadakan lima tahun sekali. Walau bagaimanapun, setelah kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963, Pilihanraya Umum yang pertama yang melibatkan seluruh negeri di dalam Malaysia telah diadakan pada 13 Mei 1969. Malangnya Pilihanraya yang diadakan pada tahun tersebut telah menimbulkan tragedi hitam yang telah diingati hingga ke hari ini. Akibat daripada peristiwa tersebut, darurat telah diisytiharkan. Semua Pilihanraya yang masih belum selesai pada ketika itu dihentikan termasuk yang diadakan di Sabah dan Sarawak (International Law Book Services, 2004).

Namun setelah Singapura menarik diri daripada Penubuhan Malaysia, sistem politik negara kembali pulih dan Pilihanraya tetap diadakan lima tahun sekali.

No comments:

Post a Comment